Sonata Musim Kenangan

RM20.00

Mengapa saya memilih SONATA? Sonata ialah sejenis muzik instrumental yang mengiringi penciptaan sajak-sajak saya di dalam buku kumpulan puisi ini. Sajak-sajak di dalam buku ini juga merupakan himpunan kenangan suka duka pahit manis dalam mengharungi ranjau kehidupan. Ada yang menceritakan tentang alam, penghuni alam, mahupun sesama manusia. Kekadang rasa kesal, marah dan kecewa hanya mampu diluahkan dalam bait-bait aksara kerana tidak mahu mewujukan sebarang konflik sesama manusia, apa lagi sebagai sahabat dan kawan. Ternyata, “Puisi adalah terapi jiwa,” berpuisilah…dan menulislah segala kekalutan di dalam jiwa pasti didengar bukan hanya pembaca masa ini, tetapi juga ketika kita tiada di bumi pinjaman ini lagi. Kita akan mati tetapi suara hati dan cetusan minda kita akan hidup selama-lamanya.

Kumpulan sajak Sonata Musim Kenangan ini menghimpunkan sebanyak 59 buah sajak pelbagai tema. Ada yang bertemakan kemasyarakatan, kekeluargaan, persahabatan, pendidikan, perjuangan dan tidak kurang juga soal kehampaan, kekecewaan dan banyak lagi. Semoga sajak-sajak di dalam buku ini sedikit sebanyak memberi manfaat berguna terutama dari segi kesedaran kepada pembaca pada masa mendatang, walaupun hanya sekecil kuman.

Category:

Description

Kumpulan sajak Sonata Musim Kenangan ini menghimpunkan sebanyak 59 buah sajak pelbagai tema. Ada yang bertemakan kemasyarakatan, kekeluargaan, persahabatan, pendidikan, perjuangan dan tidak kurang juga soal kehampaan, kekecewaan dan banyak lagi.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sonata Musim Kenangan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *