RUKIMAH PANDAWA atau nama pena KIM’S DIWA / KIMS DIWA lahir pada 12 Januari 1976 di Kota Marudu, Sabah. Mula menulis serius pada tahun 2005.

Karya pertama “Semangat Juang” telah disiar di majalah Wadah terbitan DBP, dan “Lilin Nan Sebatang” di majalah Dewan Siswa edisi khas pada tahun 2007.

Sejak itu beliau rajin menghantar hasil karya ke akhbar-akhbar tempatan. Akhbar Utusan Borneo, Harian Ekspress dan New Sabah Times adalah wadah penyiar wacana puisi beliau. Beliau mula berjinak-jinak dalam penulisan cerpen. Cerpen “Diam Seorang Anak” merupakan cerpen sulung beliau dan ‘Sepasang Tangan Kerdil Segenggam Batu’ serta “Kalau Bukan Kerana Cikgu Ferra” merupakan cerpen kedua dan ketiga yang telah disiarkan di NST pada tahun 2018.

Beliau mula berjinak-jinak pula dengan antologi bersama-sama dengan penulis-penulis lain di JOM SASTERA dan antologi puisi pertama ialah ANTOLOGI KATA-KATA DARI JENDELA 2018, ANTOLOGI SAJAK TANPA JUDUL 2018, ANTOLOGI DARI HUJAN KE HUJAN dan ANTOLOGI PUISI KARYA GURU & PELAJAR “ANUGERAH”.  Buku kumpulan puisi pertama beliau bertajuk “ SONATA MUSIM KENANGAN” akan dilancarkan bersama-sama dengan BUKU ANUGERAH.

Beliau juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi Jom Sastera (Pusat), Penolong Setiausaha AMT Jom Sastera (Pusat) dan sebagai Setiausaha Biro Jom Sastera Sabah.