KASMI @ KASMAH BTE OSINGANG dengan nama pena ZaahOssey, lahir pada tahun 13 April 1965, di Kudat Sabah.

Beliau seorang guru dan mengajar di sekolah Kluster Kecemerlangan SRK. ST. Agnes Likas, P/S 224 Kota Kinabalu , Sabah.  Beliau mula   menulis  pada tahun 1984. Banyak hasil karya beliau pernah disiarkan di surat khabar tempatan seperti New Sabah Times dan juga dalam rancangan radio. 


Antara Antologi Puisi yang telah disertai ialah Antologi Gema Nabalu, Antologi Di bawah Atmofera Bumi,  Antologi Kata-kata Dari Jendela dan Antologi Sajak Tanpa Judul. Beliau juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi Jom Sastera (Pusat), Ketua Biro Jom Sastera Sabah.