Hantu Tapuk
dav

Hantu Tapuk

Hutan

 

“Eb, jaga adik kamu ya. Jangan kamu balik lewat. Pukul 6.00 petang mesti naik rumah. Jangan tunggu gelap baru
naik,” pesan ibu sebelum keluar ke bandar. Anak sulung Ruhaina yang baru berusia 14 tahun hanya mengangguk mendengar pesanan ibunya.

“Ibu akan pulang selepas dua hari,” laung ibu dari kereta. Sekali lagi anak dara sunti Ruhaina hanya mengangguk.
Sebaik sahaja ibunya hilang dari pandangan mata Dyseli, dia masuk dan duduk menghadap televisyen diikuti oleh Dysable dan Dysela.

“Ingat pesan mama tu ah!” Kata Dyseli sambil memandang kedua-dua orang adiknya.

“Baik ma,” si bongsu menyahut tanpa menoleh ke arah kakaknya.

Tepat pukul 4.30 petang Dyseli, Dysable dan Dysela masing-masing mengambil basikal dan turun bermain bersama kawan-kawannya. Dyseli, seperti biasa, Dia akan bermain bola tampar di hujung padang selepas puas bermain basikal. Dysable dan Dysela bermain basikal sehingga tidak ingat dunia. Selepas puas bermain basikal mereka berdua akan menyimpan basikal dan bermain permainan lain pula, umpamanya main polis pencuri, masak-masak, ‘running man’ dan sebagainya.

Sudah pukul 6.10 minit Dysable dan Dysela masih leka bermain sementara kawan-kawannya sudah naik. Tiba-tiba kedengaran raungan dari arah belakang rumah yang ditumbuhi pokok pisang. Rupa-rupanya Dysable terjatuh di dalam longkang setelah kakinya tersandung pada akar pisang. Kepala Dysable terhantuk pada simen longkang dan badannya termasuk dalam longkang yang muat-muat dengan badannya. Dysela berusaha mengangkat Dysable keluar dari longkang tetapi gagal. Mujurlah kawan mereka, Aiman muncul dan berusaha mengeluarkan Dysable keluar dari longkang. Usaha mereka berdua masih gagal. Akhirnya, Aiman berlari pulang untuk memanggil abahnya. Sebaik abah Aiman sampai, Dysable berjaya dikeluarkan dari longkang dan Dysela menyiram badan adiknya yang penuh kotoran.

“Mana kakakmu Dysela?” Pak cik Lokman bertanya sebaik sahaja Dysable selesai dibersihkan. Dysela hanya diam sambil menggigit kuku jari telunjuknya.

“Ambil baju adikmu di rumah dan bawa ke rumah pakcik”.

Tanpa berlengah-lengah, Dysela terus berlari ke rumah. Dysable pula dibawa oleh abah Aiman ke rumah mereka untuk dirawat kerana luka di kepala dan lututnya masih berdarah.

Sebaik sahaja Dysable selesai menukar pakaian dan mendapat rawatan ringan daripada ayah Aiman, Dyseli pun muncul di pintu rumah Aiman. Pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang.

“Dyseli, kenapa balik begitu lewat!’ marah ayah Aiman.

“Tengok tu adikmu cedera!… sebab terjatuh di longkang. Mak bapa kamu tiada di rumah, sepatutnya kau menjaga mereka. Kau patut balik awal. Bukan main sampai tak ingat dunia!”

“Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada adik kamu, siapa yang susah!”

Dyseli hanya menundukkan.

“Kamu tahukah, jam-jam sekarang ini banyak hantu berkeliaran. Kalau hantu tapuk sembunyikan kamu, macam mana?!”

“Kamu tahukah tu hantu tapuk?” Sekali lagi ayah Aiman meninggikan suaranya.

“Hantu tapuk tu, kalau dia sembunyikan seseorang terutama kanak-kanak, sesiapapun yang mencari tidak akan jumpa. Kalau dia sembunyikan kanak-kanak itu di bawah kolong atau di tiang rumah, orang-orang yang mencarinya tidak akan nampak kanak-kanak yang disembunyikan itu. Tetapi kanak-kanak yang disembunyikan itu nampak orang-orang yang mencarinya!” Panjang lebar ayah Aiman memberi penjelasan.

“Lain kali, kamu mesti naik tepat pukul 6.00 petang!”

“Bukan kamu sahaja ni pakcik cakap, Angah, dan Aiman pun  sama. Mesti naik tepat pukul 6.00 petang”.

“Faham!” Ayah Aiman menjegilkan matanya cuba menakut-nakutkan budak-budak itu.

Dysable masih terisak-terisak. Kecut perut Dysela dan Dyseli mendengar suara tinggi ayah Aiman. Perlahan mereka mengangguk. Mereka tidak berani mengangkat muka memandang pakcik Lokman, ayah Aiman.

Dyseli membawa adik-adiknya pulang ke rumah sebaik sahaja selesai makan di rumah pakcik Lokman. Isteri Lokman, mak cik Saly menyiapkan makan malam dengan segera semasa suaminya sedang menasihati anak-anak Pakcik Severin.

“Ma, si baby cedera!”. Dysela melaporkan kejadian yang berlaku kelmarin. Ibu Dysela belum pun sempat turun dari kereta sudah disambut dengan laporan si anak tengah.

“Macam mana boleh cedera?” Kata ibu mereka sambil membesarkan matanya. Marah! Bukannya simpati malah anak kedua yang melaporkan kejadian kelmarin dimarahi.

“Mungkin kamu terlampau main bah ni!”

“Si baby bilang dia tersandung, lalu jatuh di dalam longkang” jujur jawapan Dysela.

“Tersandung?!”

“Itulah kalau guna hidung tengok jalan. Mata di simpan di mana, hingga boleh tersandung begitu!” Tengking ibu lagi. Makin mendidih perasaan si ibu apabila mengetahui anak bongsunya cedera gara-gara tersandung ketika bermain.

Ibu mereka segera naik dan memanggil Dysable.

“Baby, macam mana boleh cedera masa main?!” Sambil ibu bertolak pinggang. Matanya dijegilkan. Marah!

“Sa…sayapun tidak tahu. Ma..Masa tu sa..saya jalan-jalan. Tiba-tiba sa…saya sudah terjatuh di longkang” Dysable cuba membela dirinya. Air matanya sudah bergenang di kelopak mata.

“Mama bilang, jangan main sampai gelap! Jangan tunggu gelap baru naik!. Tengok tu, mainpun tidak guna mata, hidung saja diguna menengok jalan!” Kata ibu sambil disulami nada bergurau.

Tidak semena-mena Dysable memeluk ibunya lalu menangis. Ibu Dysable tidak sampai hati membiarkan anak bongsunya itu menangis lalu dipeluk dan dipujuknya.

“Sudahlah. Mari mama tengok luka kamu.” Pujuknya lembut.

“Siapa balut luka kamu ni?” Ibu bertanya sambil membuka balutan di dahi Dysable.

“Pakcik Lokman. Dia…” Dysela pun menceritakan semua yang berlaku. Rasa bersalah bergayutan di tangkai hati si ibu.

 

Ibu dan ayah keluar ke bandar tetapi anak-anak ditinggalkan tanpa sebarang persediaan kecemasan di rumah. Dulu, di rumah mereka ada ‘first aid”, tetapi sebaik sahaja isinya habis, mereka lupa membeli kelengkapan baharu seperti ubat-ubatan, pembalut, dan ubat cirit-birit dan sebagainya. Mujurlah ada jiran-jiran yang prihatin dan sudi membantu ketika berlaku kecemasan.

 

“Ma, betulkah ada hantu tapuk?” Dysable melontarkan pertanyaan kepada ibu semasa mereka duduk-duduk di hadapan televisyen.

“Dari mana baby dengar?” Tanya ibu. Sekadar menguji anak bongsunya.

“Pakcik Lokman yang cakap. Hantu tapuk suka sembunyikan kanak-kanak yang lambat pulang dari bermain”. Jelasnya lagi.

“Nah, betullah tu. Kamu main la lagi hingga lewat petang” kata ibu. Sengaja membesar-besarkan cerita itu.

“Kalau kamu lewat-lewat pulang nanti. Habislah kamu disembunyikan oleh si hantu tapuk. Baru kamu tahu, kan!.”

“Kamu tahukah, kalau hantu tapuk sudah sembunyikan kanak-kanak, semua orang yang mencarinya tidak nampak padahal kanak-kanak yang disembunyikan itu ada di situ juga. Kanak-kanak yang disembunyikan itu boleh nampak orang yang mencarinya tetapi orang-orang yang mencarinya tidak akan nampak kanak-kanak itu” Jelas ibu panjang lebar.

 

“Mama berdoa saja la. Lari tu hantu tapuk tu. Kanak-kanak yang disembunyikan pun dapat diselamatkan. Bukan mama bilang hantu takut Tuhan?!”.

 

Ibu hanya terkedu mendengar kata-kata, anak bongsunya. Ibu tersindir  dengan jawapan si bongsu kerana ibu dan ayah mereka selalu menasihati anak-anaknya supaya hanya bersandar kepada Tuhan yang maha kuasa. Minta perlindungan daripada Tuhan dalam segala hal.

 

-TAMAT-

 

 

This Post Has 2 Comments

  1. Kasmah Osingang

    Mau baca siang ni mlm inda bole.. Hehe

    1. kims

      He..he..

Leave a Reply